Pelabuhan Persetiaan

Pelabuhan Persetiaan ialah bandar-bandar pelabuhan di China, Jepun dan Korea yang dibuka kepada perdagangan asing dengan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah.

5 pelabuhan persetiaan yang pertama di China dibuka selepas Perang Candu Pertama yang berakhir dengan Perjanjian Nanjing pada 1842. Kumpulan kedua dibuka selepas berakhirnya Perang Anak Panah pada 1860 yang mengakibatkan 80 pelabuhan persetiaan terdapat di China sahaja, beberapa lagi di negara Asia Timur yang lain.

Orang asing yang yang tertumpu di bahagian asing yang dibina di sudut-sudut pelabuhan sedia ada, menikmati pengecualian dari undang-undang tempatan seperti dinyatakan dalam perjanjian-perjanjian berat sebelah itu. Banyak kelab orang asing, padang lumba kuda, dan gereja dibina di setiap pelabuhan persetiaan. Beberapa kawasan pelabuhan ini telah dipajak secara terus kepada kuasa asing sehingga menyebabkan kerajaan tempatan hilang kuasa ke atas kawasan tersebut.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search